Monday, February 28, 2011

"Alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain"


TAJUK: TOKOH ISLAM


Disediakan Untuk: Ustaz Abd Aziz bin Harjin
                     Pensyarah CTU551
Disediakan Oleh: Nor Shaheera Binti Kamarudin
No Matrik : 2010295832
   Kumpulan: BMB2Bc
Program: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)
                  Pengurusan Sumber manusia (BM223)
Tarikh Hantar: 7 March 20111
Tarikh Bentang : 8 March 2011
                                       

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
KERJAYA
PENGALAMAN  TOKOH – KEMBARA INDIA
CABARAN YANG DIHADAPI
CARA MENGATASI CABARAN
PENCAPAIAN
PENUTUP
RUJUKAN


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(surah al-Nahl: 125)





ABSTRAK
           
        Menurut Adam Abdullah al-Auri dalm kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir meraka terjerumus kedalamnya.Semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya diberi kesempatan untuk menemubual seorang tokoh islam mengenai kerjaya dakwah.Saya memilih untuk temu bual Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin. Seorang pendakwah yang berjaya  mestilah tidak lokek dalam menyumbangkan ilmu yang dimilikinya untuk dikongsi dengan orang ramai. . Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman disebabkan kekurangan ilmu.


PENDAHULUAN
       
      Pengertian dakwah mempunyai beberapa pengertian dan istilah, perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab. Antara pengertian dakwah yang biasa kita fahami ialah seperti meminta tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung. Dakwah juga bermaksud suatu proses upaya mengubah suatu situasi kepada situasi lain yang lebih baik sesuai ajaran Islam atau proses mengajak manusia kejalan Allah Subhanahu wa Ta’ala, yaitu agama Islam. Menurut Al-Qur’an, dakwah adalah : Menyampaikan kebenaran di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala


 “Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” 



Dari ayat di atas jelas bahwa, seorang  itu hanya wajib untuk menyampaikan misi mulia yang ada dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sedangkan hasil akhir dari dakwahnya, hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tahu. Namun demikian seorang itu harus memiliki hujah yang tepat, sehingga dakwah yang dilakukan sampai pada sasaran.




LATAR BELAKANG
         
        Nama beliau ialah Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin. Dilahirkan pada 1 Januari 1971. Beliau berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Memulakan pendidikan formal di  Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas tamat pengajian di sekolah menengah beliau melanjutkan pengajian Kolej Islam Klang. Selepas itu beliau meneruskan pengajian beliau University of Jordan dalam jurusan B.A (hons) Bahasa Arab atau Syariah. Beliau kembali ke Malaysia beberapa tahun kemudian dan melanjutkan lagi pengajian beliau di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan M.A Pengajian Islam. Tajuk tesis beliau ialah Al-Sahabah mengenai  kontradiksI antara Nas-nas Islam Dengan Riwayat Sejarah. Oleh kerana minatnya dalam mendalami ilmu agama Islam, beliau meneruskan lagi pengajian beliau dalam jurusan Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA pada tahun 2003 . Tajuk tesis beliau ialah Sabab Wurud al-Hadith mengenai Dirasat Tahliliyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Ma’ayir.


KERJAYA
        
       Selepas beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia, beliau memegang jawatan tetap sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian, mulai 1 November 2006, beliau dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis secara pinjaman dari USM selama 3 tahun tetapi memilih untuk bekerja sehingga 11 November 2009. Sekarang beliau sedang menjalani cuti sabatikal di Universiti Wales, Lampeter, United Kingdom.
         Antara aktiviti sampingan beliau ialah Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA dari  11 Mac 2007 hingga 30 Nov 2008. Selain itu, beliau juga menjadi Kolumnis Tetap Minda DR. MAZA dari UK, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA  dari 13 Disember 2008 hingga sekarang. Dr Mohd Asri juga memiliki Laman Webnya sendiri  ‘MINDA TAJDID’ : drmaza.com. Laman web ini mengetengahkan dakwah beliau dalam agama Islam. Terdapat pelbagai info Islam dalam laman web ini. Selain itu laman web ini menjadi penghubung antara Dr Mohd Asri dengan orang ramai. Orang ramai boleh mengemukakan pendapat, mendapat info terkini, mengemukaan sebarang soalan berkenaan dakwah melaui laman web tersebut. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penerbitan buku dan perbentangan 41 kertas kerja sepanjang penglibatannya sebagai pendakwah.
     Di samping itu, sepanjang kerjayanya beliau dilantik  beberapa jawatan penting. Antaranya jawatan tersebut ialah Penilai Artikel Jurnal Ilmiah Ma‘alim al-Quran wa al-Sunnah Tajuk: Al-Quran: Saja’ am Fasilah di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM),  Penilai Jurnal at-Tajdid (Refereed Arabic Biannual) di  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ahli Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Penyelaras Sekreteriat Falsafah Dan Sains Islam (SEFSI) di USM.


PENGALAMAN TOKOH - KEMBARA INDIA
        
       Hampir sebulan Dr. Mohd Asri berada di India. Beliau menziarahi dan mengambil manfaat ilmu daripada para ulama hadith yang masih hidup di India. Sebahagian mereka adalah anak-anak kepada tokoh-tokoh pengarang syarah kitab-kitab hadith. Untuk pengetahuan kita, sesungguhnya orang Islam pernah memerintah India hampir seribu tahun. Pada pandangan Dr Mohd Asri, India adalah negeri yang paling sukar untuk Islam berperanan mengikis kesesatan, khurafat dan kekarutan kepercayaan penduduknya. Ini disebabkan banyak faktor, antaranya peranan kebanyakan pemerintah yang tidak berkesan dan tabiat penduduknya yang begitu cenderung kepada khurafat dan berakar umbi dalam perasaan dan fikirannya.Hinggakan sistem kasta yang dianuti oleh agama Hindu, masih mempengaruhi sebahagian penganuti Islam di India.
        Dr Mohd Asri dan sahabatnya sempat membaca Risalah al-Awail di India , petikan dari kitab-kitab hadith di hadapan mereka serta nasihat-nasihat yang berguna. Beliau juga menziarahi tempat Maulana Abu Hasan `Ali al-Nadwi, seorang tokoh ilmu dan dakwah. Universiti tersebut bercita-cita menghimpunkan antara unsur traditional dan kemodenan. Syiarnya ialah Al-Jam`u baina al-Qadim al-Salih wa al-Jadid al-Nafi’, iaitu menghimpunkan antara tradisi yang baik dan perkara baru yang bermanfaat. Gabungan ilmu lama dan moden memungkin seseorang muslim hidup di zaman serba canggih ini. Islam tidak boleh digambarkan sebagai agama yang kuno serta ketinggalan zaman. Kemodenan itu sebenarnya milik Islam. Islam mesti hidup di timur dan barat, dalam generasi lama dan baru.
         

CABARAN YANG DIHADAPI
     
       Antara cabaran yang dihadapi Dr Mohd Asri sendiri  ialah beliau dituduh mengikut Mazhab wahabi. Sedangkan beliau  bukan lulusan universiti di Saudi. Beliau mengajar di tempatnya Dewan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengikut Fekah Mazhab al-Syafi`i. Selain itu, beliau juga terpaksa menghadapi pertikaian oraang ramai terhadap pendapat beliau mengenai hokum-hukum agama Islam.


PENCAPAIAN
      
       Sepanjang kerjaya Dr Mohd Asri, beliau dianugerahkan empat Anugerah. Pertama, beliau diberi anugerah Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis. Pada tahun 1427H, beliau menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis. Kemudian, beliau menerima  Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis pada tahun 1429H. Anugerah yang keempat diterima beliau ialah Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM pada tahun 1430H.


PENUTUP

        Kesimpulannya, hasil daripada temu bual saya bersama Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, beliau seorang yang mementingkan pendidikan dalam ilmu agama Islam. Beliau seorang yang tidak lokek dalam menyumbangkan ilmu yang dimilikinya untuk dikongsi dengan orang ramai. Hal ini dapat dilihat melalui penerbitan buku-buku agama yang diterbit olah beliau seperti Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Selain itu, laman web ‘Minda Tajdid’ yang diasaskan oleh beliau membolehkan berkongsi dan bertanyakan pendapat tentang hal-hal keagamaan.


RUJUKAN

-@-  Laman web ‘Minda Tajdid’
-@-  Wikipedia
-@-  Ustaz Abd Aziz bin Harjin
-@-  Rakan - rakan